Pages

28 Apr 2014

Pakai Jam Tangan Kanan


Korang jenis pakai jam dengan tangan sebelah kanan atau kiri?
Meh aku nak share satu benda tentang orang yang pakai jam tangan kanan.

Tapi tak tahu la betul ke tak, mohon sesiapa yang pakai jam di tangan kanan bagi pendapat.

  1.  Keras Kepala
  2. Kuat memberontak
  3. Tak suka orang mengarah dia
  4. Setia
  5. Hati kering -Tak kisah apa org kata pasal dia
  6. Garang tapi manja dgn org tersayang
  7. Suka menyendiri kalau ada masalah
  8. Suka tolong orang dalam kesusahan
  9. Pendiam tapi bila dah rapat mulut cam murai
  10. Pantang dicabar
Kalau ikutkan hampir 90% tetap dengan diri aku.

Malangnya, jika dulu aku pakai jam pada tangan kanan. Sekarang, aku pakai jam pada handphone. Sikit-sikit belek handphone sebab nak tengok jam.

Mesti orang ingat aku ini rajin msj2, WeChat, Whatsapp etc. Sedangkan.. Korang sendiri boleh agak aku macam mana.

#ForeverAlone

23 Apr 2014

Sebelum Menjaga Anak Dara Orang

Tahukah anda sebelum menjaga anak dara orang, ada sesuatu yang lebih penting perlu anak dijaga.

Iaitu



Sudahkah anda?

22 Apr 2014

Cycling Awareness Street Art by Peter Drew


Cycling Awareness Street Art by Peter Drew.

Dalam Dilema...

Patutkah aku beli kereta dulu atau kahwin dulu.

Atau...

Aku patut beli basikal. Nanti muat sikit masuk kereta dan kahwin, pelamin tak runtuh.

Korang rasa?

21 Apr 2014

Kejadian Berturutan


Awal bulan lepas, kes pesawat MAS MH370 hilang dari radar dan sehingga kini tidak ditemui.
Tak lama selepas itu, kes enjin pesawat Malindo Airline pula terbakar sewaktu terbang.

Semalam pula, kes pesawat MAS juga. MH192 mengalami masalah sewaktu berlepas. Tayar hadapan meletup ke apa sehingga ada masalah untuk mendarat.

Itu baru kapal terbang.

Bukan Karpal Singh yang telah pergi baru-baru ini.

Kes yang melibatkan bas pun makin menjadi-jadi juga kebelakangan ini.

Adakah ini dimanakan kejadian bermusim?

Semalam di Sabah, ada seorang wanita 19 tahun mati disimbah asid. Adakah musim simbah asid akan bermula balik?

Malaysia....

Sama juga dengan filem yang terdapat di Malaysia. Time musim hantu, semua cerita hantu. Time musim gangster, semua cerita gangster.

17 Apr 2014

RIP Karpal Singh


RIP Karpal Singh.

Ok, Next........!!!!

16 Apr 2014

Apa Yang Best Ada Blog Ni?

Aku tak tahu apa yang bestnya ada blog ini.

Bagi aku, orang yang ada blog ini kebanyakan nude. Jenis hadap laptop dan suka jaja cerita orang.

Betul ke idok...

Itu apa yang aku rasa...

Kalau tak betul, harap korang sudi betulkan.

Aku start buat blog ni sebab nak kenal dunia blog. Macam best je, macam seronok je. Apa yang best apa yang seronok, tunggu aku rasa sendiri.

Ok Chow...!!!!