Pages

30 Jul 2014

Haram Selfie di Kubur


Monopod Selfie Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.




Gua lebih suka layan Tok Adi dalam rancangan Tanah Kubur.

Mana tahu kot-kot ada babak kaki selfie kena bahana cuba ditunjukan dalam cerita ini.

Kredit Gambar : Bro Framestone.


23 Jul 2014

Isu MH17 - Malaysia Kena Tipu Lagi


Malaysia kena tipu lagi.

Kali ini dengan puak pemisah pro Russia pulak.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia minta kotak hitam pesawat malang MH17 untuk dipulangkan kepada kita.

Tetapi yang kita dapat ada kotak oren.

#Prank #PrayForMH17 #KotakHitam


21 Jul 2014

Wanita Seksi Berjubah


Jubuh semakin menjadi pilihan kaum wanita untuk menampakan ciri-ciri muslimah pada diri mereka.

Malangnya...

Tak semua jubah macam sesuai diperagakan.

Lebih kepada memperagakan bentuk tubuh berbanding jubah itu sendiri.

Silap hari bulan,

Makin ramai yang bernafsu melihat anda yang berjubah. Maka elakkan memilih jubah yang tidak sesuai. Walaupun ianya cantik.

Belum tentu cantik di mata lelaki yang memandangnya.


16 Jul 2014

Gadis Peugeot CDM25 dan Steering Lock


Gadis Peugeot CDM25 dan Steering Lock

Sila berhati-hati dengan gadis ber"steering lock"

Tak kisah gadis Peugeot ke, gadis MyVi, gadis Viva etc. Anda perlu berhati-hati.

Mungkin akan ada persatuan gadis steering lock akan didaftarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan pemandu wanita.

Dalam masa yang sama boleh meningkatkan pemandu lelaki sebagai mangsa berbanding pemandu wanita yang selalu dijadikan mangsa keadaan.


11 Jul 2014

Kecewa Bila Kawan Tolong Ambil Gambar


Benda macam ini selalu jadi pada gua.

Memang agak kecewa jika gua ambil gambar orang lain. Cantik melecun.

Malangnya bila turn gua bergambar. Posing macam mana sekali pun, gambar yang diambil agak mengecewakan gua.

Mungkin Selfie perlu dibudayakan berbanding "Budaya Tolong Menolong"

** Ini bukan gambar gua. Begitu juga yang bertudung itu. Jumpa online....!!


10 Jul 2014

Panduan Memakai Shawl Terbaru


Panduan memakai shawl terbaru.

  1. Ambil hujung shawl anda lilit hujung shawl anda yang lagi satu.
  2. Bila anda rasa lilitan kemas dikepala teruskan dengan langkah 3
  3. Teruskan dengan langkah 4
  4. Teruskan dengan langkah 5
  5. Lihat hasilnya pada langkah 6
  6. Dah siap...
Cantik tak? mudah sahaja. Lelaki pun boleh mencubanya.

Tak percaya?


Sekarang percaya x?

Pakai jug pun boleh. Selamat mencuba




9 Jul 2014

BRA71L - Kekalahan Terteruk Brazil di Pentas Piala Dunia


Wajah penyokong Brazil yang kesedihan selepas Brazil dikejutkan Jerman 7-1.

Jerman mencalar maruah Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1 untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya global ini.

Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada hanya dalam 179 saat sahaja.

Thomas Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk mengumpul jumlah gol peribadi dalam Piala Dunia kepada 16.

Toni Kroos menambah derita dengan gol minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79).

Oscar menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90.

Sumber - BHarian.


Wajah penyokong Brazil (dari Malaysia) yang kesedihan selepas Brazil dikejutkan Jerman 7-1.

Popular mamat seorang ini.



Ini pula,

Bagaimana Brazil mendapat ilham untuk design logo Piala Dunia 2014.


7 Jul 2014

Kelebihan dan Kekurangan Manusia


Apa kelebihan manusia?

Ada otak

Apa kekurangan manusia?

Tak guna otak....

** Selamat berpuasa. Nak pergi cari Otak... Otak... dekat bazaar sambil jalan macam zombie


3 Jul 2014

Punca Terowong Runtuh di Jalan Imbi



Terowong dalam pembinaan runtuh akibat dua mendapan tanah berhampiran lampu isyarat Jalan Imbi-Jalan Pudu, jam 9.30 pagi tadi.

Mendapan tanah pertama sedalam lima meter berlaku kira-kira 9.30 pagi itu manakala satu lagi mendapan tanah seluas hampir 20 meter persegi dan sedalam 10 meter berlaku pada 12.20 tengah hari.

Pihak bomba juga tidak menolak kemungkinan berlakunya lagi mendapan sepanjang laluan terowong empat lorong sepanjang 35 meter itu yang dibina untuk kenderaan dari Jalan Imbi ke Jalan Pudu.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak melalui kawasan terjejas untuk mengelak kesesakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd berkata, Jalan Imbi akan ditutup selama dua minggu bagi kerja-kerja pembaikan dan pembersihan jalan yang terjejas, mulai hari ini.

Sumber : HMetro.


Cerita Sebenar

Thor Odinson: Told you not to piss me off... see what I've done!

Loki Laufeyson: Where got! It was a joke!

Police Traffic: So apa macam mau settle skarang? apa macam? mau settle ka mau ikut balik balai?

Cerita Tak Benar




Ini yang gua jumpa dekat internet, dan bukan gua yang edit gambar-gambar ini semua. Rakyat Malaysia memang prihatin, anda bangaimana?

Cara Penyelesaian


Ok, Done......!!!