Pages

30 Oct 2014

Beza Kawan Baik Dengan Kawan Biasa


Kawan Biasa

"Kawin nanti jangan lupa ajak aku"
"Boleh nanti aku ajak"

Kawan Baik

"Kawin nanti jangan lupa ajak aku"
"Gila x ajak, nanti sape nah basuh pinggan"

24 Oct 2014

Malaysia Banyak Hasilkan Pakar Dalam Sekelip Mata


Bila MH370 hilang .. akan wujudlah ramai pakar aviasi, malah pakar lautan dalam.
Bila MH17 kena tembak, ramailah pakar politik dan senjata.
Bila keluar isu Mekdi penyalur dana Israel, maka wujudlah pakar ekonomi.
Bila keluar isu pegang anjing, maka wujudlah ramai pakar Mazhab Shafie .....
****
Walhal, tak pernah sekali dalam hidup naik kapal terbang.
Walhal, tak pernah pun tahu rupa peluru berpandu darat ke udara.
Walhal, tak pernah pun tengok buku akaun kewangan Mekdi.
Walhal, tak ikut pun Mazhab Shafie dalam bab-bab yang lain.


7 Oct 2014

Pesta Arak di Bandaraya Shah Alam


Bandaraya Shah Alam bukanlah tempat pesta untuk minum arak!!

Kerana kita semua maklum 90% penduduk muslim yang mendiami kawasan tersebut.

Ia tidak wajar sama sekali walaupun kita semua maklumi kilang arak antara yg terbesar berada di bumi itu, tetapi dosa mereka yang terdahulu biarlah mereka yang menanggungnya, tugas kita pula menjadi WAJIB mencegah kemungkaran yang akan datang.

Biar pun mereka bukan muslim,

Mereka wajib memahami keadah hidup bermasyarakat, tiada agama membenarkan ummatnya menjadi mabuk, menjadi peliklah muslimnya jika ada muslim yang mengaku ia muslim menyatakan diatas nama kebebasan dibenarkan mereka!!

Muslim apa sebegitu??

** Aku copy paste je ini. Untuk peringatan bersama.


3 Oct 2014

Kelas Paling Best


Kelas apa paling best dekat dunia ini?

"Kelas cancel...!!!!!"

Kelas apa paling tak best dekat dunia ini?

"Kelas ganti untuk kelas yang cancel tadi..!!!"


1 Oct 2014

Kerana RM4.78 Sanggup Beratur Isi Minyak


Kebanyakan stesen minyak penuh sekarang sebab semua orang nak isi minyak full tank.

Kalau isi RM50, dapat jimatkan RM4.78 berbanding kalau isi lepas jam 12 malam nanti.

Hanya sebanyak RM4.78 semua orang sanggup menghabiskan masa sejam dan tenaga untuk beratur dan isi minyak.

Yang ada anak kecil habis diangkut semuanya, tak sanggup bayar lebih esok-esok.

Nampak tak betapa besar nilai RM4.78 tu.