9 Jul 2014

BRA71L - Kekalahan Terteruk Brazil di Pentas Piala Dunia


Wajah penyokong Brazil yang kesedihan selepas Brazil dikejutkan Jerman 7-1.

Jerman mencalar maruah Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1 untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya global ini.

Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada hanya dalam 179 saat sahaja.

Thomas Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk mengumpul jumlah gol peribadi dalam Piala Dunia kepada 16.

Toni Kroos menambah derita dengan gol minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79).

Oscar menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90.

Sumber - BHarian.


Wajah penyokong Brazil (dari Malaysia) yang kesedihan selepas Brazil dikejutkan Jerman 7-1.

Popular mamat seorang ini.



Ini pula,

Bagaimana Brazil mendapat ilham untuk design logo Piala Dunia 2014.


No comments:

Post a Comment