28 Dec 2014

Gadis dan Ular

Gadis dan ular

Lagi ok dari gadis dengan buaya darat.

Terpeluk, melilit, membelit, merayap, me...... (korang tambahlah sendiri)

30 Oct 2014

Beza Kawan Baik Dengan Kawan Biasa


Kawan Biasa

"Kawin nanti jangan lupa ajak aku"
"Boleh nanti aku ajak"

Kawan Baik

"Kawin nanti jangan lupa ajak aku"
"Gila x ajak, nanti sape nah basuh pinggan"

24 Oct 2014

Malaysia Banyak Hasilkan Pakar Dalam Sekelip Mata


Bila MH370 hilang .. akan wujudlah ramai pakar aviasi, malah pakar lautan dalam.
Bila MH17 kena tembak, ramailah pakar politik dan senjata.
Bila keluar isu Mekdi penyalur dana Israel, maka wujudlah pakar ekonomi.
Bila keluar isu pegang anjing, maka wujudlah ramai pakar Mazhab Shafie .....
****
Walhal, tak pernah sekali dalam hidup naik kapal terbang.
Walhal, tak pernah pun tahu rupa peluru berpandu darat ke udara.
Walhal, tak pernah pun tengok buku akaun kewangan Mekdi.
Walhal, tak ikut pun Mazhab Shafie dalam bab-bab yang lain.


7 Oct 2014

Pesta Arak di Bandaraya Shah Alam


Bandaraya Shah Alam bukanlah tempat pesta untuk minum arak!!

Kerana kita semua maklum 90% penduduk muslim yang mendiami kawasan tersebut.

Ia tidak wajar sama sekali walaupun kita semua maklumi kilang arak antara yg terbesar berada di bumi itu, tetapi dosa mereka yang terdahulu biarlah mereka yang menanggungnya, tugas kita pula menjadi WAJIB mencegah kemungkaran yang akan datang.

Biar pun mereka bukan muslim,

Mereka wajib memahami keadah hidup bermasyarakat, tiada agama membenarkan ummatnya menjadi mabuk, menjadi peliklah muslimnya jika ada muslim yang mengaku ia muslim menyatakan diatas nama kebebasan dibenarkan mereka!!

Muslim apa sebegitu??

** Aku copy paste je ini. Untuk peringatan bersama.


3 Oct 2014

Kelas Paling Best


Kelas apa paling best dekat dunia ini?

"Kelas cancel...!!!!!"

Kelas apa paling tak best dekat dunia ini?

"Kelas ganti untuk kelas yang cancel tadi..!!!"


1 Oct 2014

Kerana RM4.78 Sanggup Beratur Isi Minyak


Kebanyakan stesen minyak penuh sekarang sebab semua orang nak isi minyak full tank.

Kalau isi RM50, dapat jimatkan RM4.78 berbanding kalau isi lepas jam 12 malam nanti.

Hanya sebanyak RM4.78 semua orang sanggup menghabiskan masa sejam dan tenaga untuk beratur dan isi minyak.

Yang ada anak kecil habis diangkut semuanya, tak sanggup bayar lebih esok-esok.

Nampak tak betapa besar nilai RM4.78 tu.


27 Sep 2014

Pinjam Duit Tak Reti Bayar Balik


Kalau rasa reti pinjam duit orang.

Bila rasanya kau nak reti bayar balik duit yang kau pinjam.

Aku sendiri pun segan nak remind kau pasal hutang ini. Tak remind, kau pula buat-buat bodoh bila jumpa aku.


23 Sep 2014

Rindu Awak 200%


Awak rindu saya?

Mestilah...!! Rindu awak 200%

Ok, hakkk tuiiii


12 Sep 2014

Timbang Berat Badan


Cerita bermula di sebuah pasaraya yang sesak dengan pengunjung.

Ada satu alat pengukur berat badan (dengan erti kata lain penimbang) yang cukup canggih.

Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Sehinggakan pada suatu hari, seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.

Setelah memasukkan wang RM 1.00.

Mesin komputer menjawab: “47 kg!”. Gadis kedua pula cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.

Setelah memasukkan wang RM 1.00.

Mesin komputer mengeluarkan jawapan:

“Tolong naik sorang-sorang... jangan ramai- ramai!”



7 Sep 2014

Elok Budak Zaman Sekarang Tidak Dimanjakan

Elok rasanya jika budak zaman sekarang tidak dimanjakan sangat.

Sikit-sikit report mak bapak,

Bila mak bapak dah tak penting, mula pijak mak bapak tadi.

Kalau dengan mak bapak sendiri pun melawan, macam mana dengan guru. Siap ada kes budak sekolah rendah dah pandai ludah-ludah cikgu.

Macam mana ilmu nak berkat.

Itu pasal gamaknya ramai anak Melayu jadi kuli dekat negara sendiri.



Gua respek akak ini. Korang?


1 Sep 2014

Deq Noor


Deq Noor.

Aku kenal minah blogger ini tak sengaja. Kenal dari blog

Comel orangnya.

Hari ini, dia letak nama aku dekat blog dia. Terima kasih, walaupun nama aku paling bawah sekali.

Kau ado...??


28 Aug 2014

Kereta BMW Kalis Peluru



Kereta BMW 7-series yang kalis peluru bernilai $300,000

Kalau convert pada MYR + tax + etc = Berapa harga dia jika dijual di Malaysia.

Tapi tak best, pakai kereta kalis peluru kalau cermin tak tinted.

Hilang feel...

Korang rasa?


22 Aug 2014

Fakta Menarik Tentang Siberia


Fakta Menarik Tentang Siberia

Semuanya nampak menarik. Rasa nak pindah duduk sana. Ada sesiapa nak follow tak?

Siberia is an extensive geographical region, and by the broadest definition is also known as North Asia. Siberia has been historically part of Russia since the seventeenth century.

The territory of Siberia extends eastwards from the Ural Mountains to the watershed between the Pacific and Arctic drainage basins.

Siberia stretches southwards from the Arctic Ocean to the hills of north-central Kazakhstan and to the national borders of Mongolia and China. Siberia is 77% of Russia (13.1 million square kilometres), but has just 27% (40 million people) of Russia's population.


17 Aug 2014

Perbezaan Filem Hollywood Dengan Malaywood


Hollywood :
  1. Guardians of Galaxy
  2. Hercules
  3. Jump Street
  4. Dawn of the Planet of the Apes
  5. Teenage Mutant Ninja Turtle
Malaywood :-
  1. Mat Tudung
  2. Mamak Cupcake
Nampak tak perbezaannya?

Macam mana industri perfileman di Malaysia nak pergi lebih jauh, jika nak bertahan pun kena buat filem macam ini.

Menurut Twitter NoreenaCoreena

Kejayaan kutipan filem Mat Tudung yang mencecah RM1.8 juta membuktikan bahawa mentaliti rakyat Malaysia berada di tahap yang membimbangkan.


16 Aug 2014

Tolong Jangan Sidai Baju Macam Ini


Tolong jangan sidai jubah macam ini

Silap hari bulan,

Ada yang arwah nanti.

Perkara macam ini, memang selalu terjadi bila duduk dekat rumah flat atau apartment dimana mendapat jiran yang suka gantung / sidai baju macam ini.

Ini aku nak kongsikan kes yang baru terjadi dekat bekas member rumah sewa aku.

(Aku dah chow dari rumah itu setelah 7 tahun jadi warga tetap disana)

****

Cerita bangang di malam hari......

Aku masuk dalam toilet, pastu terperasan ada benda bergerak-gerak kat tingkap toilet.

Cepat-cepat aku tengok.

Ter-stop gak la jantung aku sekejap, nampak benda putih melayang-layang.

Lama aku tengok benda tu. Then baru perasan tu kain dari rumah orang atas.

Sial.....!!!!

Jangan la sidai kain putih panjang-panjang dekat beranda sampai rumah bawah. grrrrrrrr!!!!!.......

****
Setahu aku, (yakni sebelum aku chow)

Rumah atas awek yang duduk. Tapi kadangkala nampak macam rumah laki yang duduk. Ke 2-2 jantina duduk serumah sama-sama.


15 Aug 2014

Bahaya Terpikat Dengan Awek Selfie


Bahaya jika terpikat dengan awek selfie.

Semua nampak cantik, comel, cute, miut. Kenyataannya, bila berjumpa. Indah surat khabar dari rupa muka buku.

Pernah jumpa beberapa awek yang member aku cakap cantik, comel, cute, miut.

Siap tayang gambar dekat aku. Kata awek idaman, kalau dapat dia lelaki paling bertuah.

1st time jumpa.

Aku jadi tukang teman dan aku yang terpaksa layan. Member aku awal-awal dah cabut, kata ada hal mustahak.

Mustahak apanya....!!!

Hakkkk tuiiii....!!!



11 Aug 2014

Bayang Hitam Permainan Ku


Siapa biasa main bayang-bayang yang dibuat guna tangan dekat dinding?

Baru-baru ini blackout,

Pasang lilin.

Teringat kisah lama.

Dulu masa kecil, aku selalu main.

Aku cuma reti buat burung dan anjing je Kadangkala dinosor.

Biasalah bosan duduk rumah. Malam hanya bertemankan lampu pelita atau lilin.

(Family aku bukannya mampu - elektrik rumah pakai generator saja, tapi tak buka 24 jam).

Tadi terjumpa gambar ini.

Banyak yang perlu aku pelajari. Tak sangka selama aku hidup ini banyak benda yang aku tak tahu buat walaupun aku selalu buat.

Mungkin imaginasi aku dulu tak power.


4 Aug 2014

Bila Ex Girlfriend Buat Open House


Bila Ex Girlfriend buat open house.

Kita datang, mungkin family atau adik beradik dia ajak. Tak manis pula, orang dah ajak kita tak datang.

Ex datang dekat dan berbisik,

"Aku nak kau balik"

"Erm......" itu sahaja dapat dibalas.

Balik rumah, atas katil dok fikir.

Dia nak aku balik kepada dia, atau dia nak suruh aku balik.

Tidur je la, esok lusa harap ada open house lagi.

** Harap ex-ex aku tak terasa. Ini cerita aku copy dari twitter dan edit sikit.

Tapi kalau korang nak buat Open House, jemput je aku. Jangan pula korang bisik "Aku nak kau balik" dekat aku.


30 Jul 2014

Haram Selfie di Kubur


Monopod Selfie Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.




Gua lebih suka layan Tok Adi dalam rancangan Tanah Kubur.

Mana tahu kot-kot ada babak kaki selfie kena bahana cuba ditunjukan dalam cerita ini.

Kredit Gambar : Bro Framestone.


23 Jul 2014

Isu MH17 - Malaysia Kena Tipu Lagi


Malaysia kena tipu lagi.

Kali ini dengan puak pemisah pro Russia pulak.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia minta kotak hitam pesawat malang MH17 untuk dipulangkan kepada kita.

Tetapi yang kita dapat ada kotak oren.

#Prank #PrayForMH17 #KotakHitam


21 Jul 2014

Wanita Seksi Berjubah


Jubuh semakin menjadi pilihan kaum wanita untuk menampakan ciri-ciri muslimah pada diri mereka.

Malangnya...

Tak semua jubah macam sesuai diperagakan.

Lebih kepada memperagakan bentuk tubuh berbanding jubah itu sendiri.

Silap hari bulan,

Makin ramai yang bernafsu melihat anda yang berjubah. Maka elakkan memilih jubah yang tidak sesuai. Walaupun ianya cantik.

Belum tentu cantik di mata lelaki yang memandangnya.


16 Jul 2014

Gadis Peugeot CDM25 dan Steering Lock


Gadis Peugeot CDM25 dan Steering Lock

Sila berhati-hati dengan gadis ber"steering lock"

Tak kisah gadis Peugeot ke, gadis MyVi, gadis Viva etc. Anda perlu berhati-hati.

Mungkin akan ada persatuan gadis steering lock akan didaftarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan pemandu wanita.

Dalam masa yang sama boleh meningkatkan pemandu lelaki sebagai mangsa berbanding pemandu wanita yang selalu dijadikan mangsa keadaan.


11 Jul 2014

Kecewa Bila Kawan Tolong Ambil Gambar


Benda macam ini selalu jadi pada gua.

Memang agak kecewa jika gua ambil gambar orang lain. Cantik melecun.

Malangnya bila turn gua bergambar. Posing macam mana sekali pun, gambar yang diambil agak mengecewakan gua.

Mungkin Selfie perlu dibudayakan berbanding "Budaya Tolong Menolong"

** Ini bukan gambar gua. Begitu juga yang bertudung itu. Jumpa online....!!


10 Jul 2014

Panduan Memakai Shawl Terbaru


Panduan memakai shawl terbaru.

  1. Ambil hujung shawl anda lilit hujung shawl anda yang lagi satu.
  2. Bila anda rasa lilitan kemas dikepala teruskan dengan langkah 3
  3. Teruskan dengan langkah 4
  4. Teruskan dengan langkah 5
  5. Lihat hasilnya pada langkah 6
  6. Dah siap...
Cantik tak? mudah sahaja. Lelaki pun boleh mencubanya.

Tak percaya?


Sekarang percaya x?

Pakai jug pun boleh. Selamat mencuba




9 Jul 2014

BRA71L - Kekalahan Terteruk Brazil di Pentas Piala Dunia


Wajah penyokong Brazil yang kesedihan selepas Brazil dikejutkan Jerman 7-1.

Jerman mencalar maruah Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1 untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya global ini.

Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada hanya dalam 179 saat sahaja.

Thomas Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk mengumpul jumlah gol peribadi dalam Piala Dunia kepada 16.

Toni Kroos menambah derita dengan gol minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79).

Oscar menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90.

Sumber - BHarian.


Wajah penyokong Brazil (dari Malaysia) yang kesedihan selepas Brazil dikejutkan Jerman 7-1.

Popular mamat seorang ini.



Ini pula,

Bagaimana Brazil mendapat ilham untuk design logo Piala Dunia 2014.


7 Jul 2014

Kelebihan dan Kekurangan Manusia


Apa kelebihan manusia?

Ada otak

Apa kekurangan manusia?

Tak guna otak....

** Selamat berpuasa. Nak pergi cari Otak... Otak... dekat bazaar sambil jalan macam zombie


3 Jul 2014

Punca Terowong Runtuh di Jalan Imbi



Terowong dalam pembinaan runtuh akibat dua mendapan tanah berhampiran lampu isyarat Jalan Imbi-Jalan Pudu, jam 9.30 pagi tadi.

Mendapan tanah pertama sedalam lima meter berlaku kira-kira 9.30 pagi itu manakala satu lagi mendapan tanah seluas hampir 20 meter persegi dan sedalam 10 meter berlaku pada 12.20 tengah hari.

Pihak bomba juga tidak menolak kemungkinan berlakunya lagi mendapan sepanjang laluan terowong empat lorong sepanjang 35 meter itu yang dibina untuk kenderaan dari Jalan Imbi ke Jalan Pudu.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak melalui kawasan terjejas untuk mengelak kesesakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd berkata, Jalan Imbi akan ditutup selama dua minggu bagi kerja-kerja pembaikan dan pembersihan jalan yang terjejas, mulai hari ini.

Sumber : HMetro.


Cerita Sebenar

Thor Odinson: Told you not to piss me off... see what I've done!

Loki Laufeyson: Where got! It was a joke!

Police Traffic: So apa macam mau settle skarang? apa macam? mau settle ka mau ikut balik balai?

Cerita Tak Benar




Ini yang gua jumpa dekat internet, dan bukan gua yang edit gambar-gambar ini semua. Rakyat Malaysia memang prihatin, anda bangaimana?

Cara Penyelesaian


Ok, Done......!!!



26 Jun 2014

Reaksi Ibu Bapa Zaman Sekarang


Reaksi Ibu Bapa Zaman Sekarang.

Petanda dunia betul-betul berada diakhir zaman. Mungkin sebab ini, ramai yang lebih selesa kahwin tak nikah.

Bukan sebab takut tuhan.

Tapi sebab takut mak bapak tak izinkan.

** Ada kes, si anak dah mengandung dan si lelaki nak bertanggungjawab. Tetapi mak bapak tetap suruh gugurkan anak dalam kandungan dan minta si lelaki blah.

Untung si lelaki itu.


20 Jun 2014

Apa Masalah Dengan Manusia Zaman Sekarang?


Aku nampak seekor anjing melintas jalan menggunakan jejantas, manakala manusia memilih untuk membahayakan diri bila melintas jalan.

Apa masalah dengan manusia zaman sekarang?

** Gambar diatas sekadar hiasan.


13 Jun 2014

Menteri Pun Perlukan MC - Khairy Jamaluddin


Khairy Jamaluddin Mintak MC Dekat Najib Razak

Korang ingat, Menteri tak perlu bercuti ke?

Korang sendiri, gua boleh jamin dalam musim Piala Dunia ini, pasti ada yang mintak MC, EL dan seangkatan dengannya.

Itu hak korang dengan bos korang.

Aku?

Lebih gemar bola tengok aku.

Mungkin aku lagi femes sampaikan tiap kali tengok bola pukul 2-3 pagi. Pasti bola yang tengok aku. HD lagi.

Khairy Jamaluddin sudah,

Anda bila lagi?

Tak faham apa yang aku sampaikan? Korang baca sini.


10 Jun 2014

Lelaki Buaya Darat


"Jangan disangka air yang tenang tiada buaya"

maksudnya

"Buaya membuatkan air lebih tenang"

Kesimpulannya.....

Jika anda jenis masuk air, carilah "buaya" untuk menenangkannya.

** Mendalam apa yang gua sampaikan hari ini.


8 Jun 2014

Bila Suami atau Isteri Curang


Bila Suami atau Isteri Tidak Balik Rumah Untuk Satu Malam

Si Isteri

Bila seorang isteri tidak pulang ke rumah untuk satu malam selepas keluar.

Keesokan harinya, beliau memberitahu suaminya yang dia bermalam dirumah kawannya.

Maka si suami menelefon 10 orang kawan baik isterinya. Dan tiada seorang pun antara kawannya yang tahu tentang perkara ini.

*****
Kisah dan situasi yang sama. Cuma watak berbeza.

Si Suami

Bila seorang sumai tidak pulang ke rumah untuk satu malam selepas keluar.

Keesokan harinya, beliau memberitahu isterinya yang dia bermalam dirumah kawannya.

Maka si isteri menelefon 10 orang kawan baik isterinya.

8 daripada mereka mengatakan dia ada bermalam dirumah mereka, manakala 2 orang lagi mengatakan dia masih lagi bersama dengan mereka.

Nampak tak perbezaan "friendship" antara lelaki dengan perempuan.


7 Jun 2014

Bila Babi Sudah Halal


"Gua sudah halal" kata Babi

Nampak kelakar statement yang dikeluarkan oleh En. Babi.

Cuba dialog diatas ditukar.

"Pig" kepada "Abang"

Manakala gambar panda dan En. Babi ditukarkan kepada pasangan suami isteri.


4 Jun 2014

Jadi Kamu Putus Sama Aku Karena Dia


Jadi kamu putus sama aku kerena dia lebih cantik dari aku?

Kamu Yakin?

** Errrkkk rasa tak yakin tiba-tiba.


Jadi kamu mutusin aku karena aku kasar?

Padahal aku juga bisa gemulai

Hahahahaha yang ini memang lawak.


2 Jun 2014

Tok Kadi Tak Faham Hukum Akad Nikah


Tok Kadi Tak Faham Hukum

Ataupun....

Fakta auta yang diputar belitkan oleh orang yang sudah berkahwin bagi orang yang nak kahwin rasa cuak.

Macam cerita orang yang nak Khatan.

Cakap macam kena gigit semut.

Semut apa?

Semut api ke? Berapa ekor? Tak kan sekor je?

Aku dah khatan... Dah boleh kahwin... Tapi macam tak sedia nak kahwin... Kawan-kawan kebanyakan dah plan nak kahwin lagi.


28 May 2014

Cuci DNA Babi Dalam Darah

Cuci DNA Babi Dalam Darah

Ramai juga yang cetek agama tentang isu babi.

Bila ditegur melenting, aduhai..

Bukan nak cakap aku ini bagus atau alim sangat.

Sekurang-kurangnya aku tak de bising-bising pasal isu babi sambil hisap rokok. Belum lagi benda haram lain yang kau buat.

Kalau kau nak tahu, Babi bukan teringin sangat nak dilahirkan sebagai babi. Tapi setiap kejadian ada sebabnya.

Apa sebabnya? Itu rahsia Allah SWT.

Petikan statement dari rakan aku yang lain - Katakan yang berkait dengan vavi harus disucikan, nak ganti darah la, nak itu la, nak ini laa.

Kalau kapel2 yang belum ada ikatan sah...? Cemana nak sucikan?

** Jawapan aku : Mandi Wajib la.. Apa lagi. Baru suci dan tunaikan solat




26 May 2014

Dyana Sofea vs Nurul Izzah


Antara Dyana Sofea dengan Nurul Izzah?
Anda perlu pilih seorang sahaja dan tinggalkan komen pilihan anda di sini.
Kredit : http://cursingmalay.blogspot.com/


23 May 2014

Blog Berwajah Baru


Aku bukan pandai sangat pasal blog, design blog atau tulis blog.

Tapi tak salah jika nak belajar.

Kalau rasa malas nak belajar, korang boleh tiru macam aku. Cari orang yang boleh buatkan untuk kita. Akhirnya...

Ok, ini rupa blog aku sekarang (sedangkan sudah 3 minggu blog bertukar jawah)

Kalau dulu, blog aku ini putih suci bersih je. Orang nak datang pun macam nak tak nak je (Macam la ada yang nak datang baca blog aku ini kan)

Terima kasih dekat korang yang sudi singgah blog aku ini.

Adiossss.....!!!!

** Blog ini design oleh Ucu Sheda - Koleksi design blog.


22 May 2014

BP1M - Bantuan Panda 1Malaysia

Panda Gergasi Zoo Malaysia

Diharap tiada sesiapa terasa dengan apa yang aku ingin kongsikan. Terutama mereka yang merupakan penerima BR1M - Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Sebab aku boleh confirmkan yang anda akan terasa. Sama seperti saya... hahaha

Penerima BR1M : RM500 setiap seorang
Panda: RM25 juta

** Panda ni bayar cukai ke erkkkkk... apa jasa Panda ni kepada negara? #JokeOnly